Monday, May 23, 2011

Berpangkalan di Kem Sirajuddin, Gemas

 1 Mei sehingga 15 Mei 2011..tempoh dua minggu dihabiskan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Pengalaman lebih mencabar berbanding tempoh dua minggu di Kem Sungai Miang, Pekan.

Pelbagai perkara baik n buruk ditempuhi..pengalaman mendewasakan kita..tapi kadang-kala pengalaman itu tak digunakan sebaik mungkin. Terpulang kepada individu itu sendiri untuk mematangkan diri.
Back to Kem Syed Sirajuddin. Hari Pertama melapor diri adalah pada 1 Mei 2011 ketika pekerja2 lain sedang beristirehat dan bersantai meraikan sambutan Hari Pekerja. Petang hari pula, berbaju T, berseluar loreng dan berkasut boot berkumpul di Zon Lenggang.. Bermulalah aktiviti senaman bersama platun masing-masing. Platun 2 berlari-larian sehingga melihat puncak Gunung Ledang.. iyer ker?? mungkin sebagai satu cara jurulatih untuk memotivasikan diri kami... tapi kata Farhana.. "puterinya ada di sini..."

Jurulatih2 Platun 2...ada yang berkurangan dan ada yang bertambah.. Koperal Roslan dan Left. Muda Noraini dah tak bersama untuk siri II kali ini. Tetapi ada muka baru, Sarjan Radzi dari Terengganu dan juga Leftenan Muda Hamizah. Sarjan Ahmad dan Sarjan Fairi kekal menabur bakti. TQVM Jan!! Berlari naik bukit n turun bukit memakai kasut boot...agak mencabar...Patutkah amalan ini dipraktikkan sempena Stanchart nanti?? hehe

Statement: Askar makan gaji buta! Askar bukannya ada kerja pon. Kita bukan ada perang pun...

Bagi saya statement nih adalah amat tidak wajar! Kita tak mintak tapi katakan tiba2 esok perang, kalau askar2 nih tidak direkrut dan tidak menjalani latihan dari peringkat awal, siapa yang akan mempertahankan negara kalau tiba2 negara dilanda perang? Takkan esok perang hari ni kita nak open interview untuk rekrut askar? Ini hanya sekadar pendapat ikhlas saya terhadap statement berikut...

Hari Khamis, 5 Mei 2011 Lawatan ke 10Bgd Para, Kem Terendak. Sambutan yang diterima sangat mengkagumkan. Dimulakan dengan persembahan kebudayaan mengiringi ke pentas utama. Persembahan yang pelbagai-bagai. Tetapi kali ini mungkinkah peserta semakin bijak..tidak lagi mendera abg2 askar menanti di tengah panas kerana menunggu peserta2 selesai mengemukakan pertanyaan-pertanyaan yang begitu banyak seperti di Bgd Machinis, Kuantan aritu. Diakui..inilah peluang untuk bertanya soalan..
Di dinding batu lokasi abseiling...kata-kata "Few men are born brave, many become so through training and force of disciplines.." begitu terkesan. Apa yang penting...kita sendiri perlu usaha untuk berubah dan berjaya.

Hari Jumaat, 6 Mei 2011.. Latihan abseiling menanti. Keutamaan diberikan kepada peserta2 yang tidak kesampaian untuk melakukan abseiling pada Siri 1. Pengalaman yang mengayatkan tetapi menyeronokkan.

Petang pula ada latihan panduarah. Ingatkan berjalan dari petang sampai ke pagi. Dengan berbekalkan peta, kompas dan torchlight, kami semua meredah malam mencari check-point yang telah ditentukan. Rupanya, pukul 7.24 malam kami mula berjalan mencari arah tiba di check-point 8.24 malam..dan kami perlu menunggu hingga esok untuk mendapatkan arahan terbaru. Pasang unggun api..sembang sampai pagi sambil jalankan tugas sebagai sentri.

Hari Ahad, 8 Mei 2011
Kami dimaklumkan inokulasi tempur dibatalkan kerana terdapat masalah teknikal di lokasi tapak. Terlepas satu peluang keemasan yang tak mungkin akan berpeluang untuk dilakukan pada masa hadapan...

Hari Isnin, 9 Mei 2011
Bermulalah episod latihan medan. Bermula dengan pergerakan membawa beban di dalam beg ke kawasan pangkalan. Aktiviti memasak menggunakan RTBK, membersihkankan pangkalan dan stand to & stand down bermula. Asal ada bunyi letupan jer..stand to dengan senjata masing2. Senjata pula perlu dibawa ke sana ke mari tanpa boleh ditinggalkan. Kalau leka jer...akan ada la senjata yang dicuri atau dirampas musuh..hehe. Mandi? memang tak la...3 hari tak mandi..maklumla nak p toilet pun kena cari toilet hutan..

Hari Selasa, 10 Mei 2011
Latihan serangan hendap. Terima kasih kepada Sarjan Radzi, Sarjan Ahmad, Sarjan Fairi dan Sarjan Kamaroos atas ajaran melakukan serangan hendap. Tak lupa buat Leftenan Muda gak..tapi tak ingat nama ble..sorry..

Hari Rabu, 11 Mei 2011
Pagi setelah membersihkan pangkalan, kami melakukan ujian serangan. Pemantau yang memantau setiap serangan yang dilakukan oleh platun kata Platun 2 yang terbaik.. Balik ke pangkalan, amik beg n buat ucapan selamat hari raya (ble plak kan) then gerak pulang!! Yeyyyy!!
Hari Khamis dan Jumaat,12 dan 13 Mei 2011
Persiapan untuk upacara penutup Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela, Modul Disiplin dan Ketahanan Diri (WATANIAH), Diploma Pengurusan Awam Bil. 2/2010.

Platun 1 terpilih mengetuai serangan.. tetapi kerana strength tidak mencukupi, pm2 dari platun lain diimport masuk..kira barisan hadapan la nih... Platun2 lain ditugaskan untuk Kedalaman dan lain-lain. Kalau ikut mencabar...mereka yang ditugaskan di Kedalaman adalah paling mencabar dan menguji stamina dan ketahanan diri. Mana taknya...serangan hanya d ilakukan pada jarak yang minima...sedangkan kedalaman berjalan dari atas bukit..turun bukit...merentasi sungai..dan panjat bukit semula. Memang mencabar.. salute 2 all of u guys!!


Pada mulanya aku, Hanizah, Labibah, Eyani dan Mashitah disenaraikan sebagai barisan Kedalaman, tetapi terima kasih kepada Leftenan Imran, kami diarahkan untuk masuk ke Markas Kompeni yang diketuai oleh YM Raja. Peluang sebegini patut diberikan kepada semua sebenarnya..bukan hanya golongan favorite sahaja mendapat peluang..

Sabtu, 14 Mei 2011
ABU Bakar Abdullah memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Majlis Penutup Kursus Asas Perajurit bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik siri khas 1/2011 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, kelmarin

Majlis penutup Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Khas (INTAN), Diploma Pengurusan Awam (DPA) Bil. 2/2010. Terpilih sebagai Perajurit Muda Jasmani Terbaik..tapi disebabkan waktu rehearsal tidak dimaklumkan..terkejut tergempar time majlis penutup...gabra punya pasal..kawad p amik hadiah pon salah.

Balik ke Kem, apa lagi...semua pun komen kawad robot time amik hadiah. Sori jurulatih semua..saya tau kawad yang jurulatih ajar memang mantap dan terbaik...tapi sy yang tersalah langkah tersilap kawad.

Cuci senjata..pukul 3 naik hostel. Baru nak berehat...PTI pulak panggil turun..katanya dia nak tengok kelayakan peserta jasmani terbaik. Apa lagi..kena la wat push-up, sit-up, pumping, side roll, star jump, pt10 di tengah gelanggang depan dewan makan.

Tapi penat yang berbaloi kot..dapatlah benet berharga dari PTI.. Katanya benet tuh dia dapat semasa dianugerahkan penuntut keseluruhan terbaik sewaktu Kursus Asas Jurulatih Jasmani. Thanks Sarjan! Pesanan sarjan untuk semua..jasmani kena maintain!! Pesan dengan kawan2 semua maintain jasmani n pastikan kesihatan dijaga!

Benet dari PTI

Ahad, 15 Mei 2011
Pergerakan pulang dari Kem Syed Sirajuddin, Gemas ke INTAN Bukit Kiara!! Yeyyyy!! Cuti seminggu!!

No comments:

FEW LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...