Monday, June 25, 2012

Fun Run For Charity

Fun Run For Charity telah diadakan pada 16 Jun 2012 di perkarangan Kementerian Kewangan (MOF). Program ini merupakan larian sambil beramal. Sebahagian daripada kutipan yuran akan disumbangkan ke Rumah Amal Limpahan Kasih. Yuran penyertaan yang dikenakan adalah RM10 untuk individu dan RM15 untuk penyertaan keluarga.

Larian sejauh 2km ini dianjurkan oleh Bahagian Ekonomi, Kementerian Kewangan. Selain dari bertujuan untuk menyumbang kepada Rumah Amal Limpahan Kasih, program ini sebenarnya merupakan salah satu projek CSR yang perlu dilakukan oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik secara individu atas kehendak perkhidmatan.
Walaupun mula agak lewat.. iaitu pada pukul 8.45pagi (sedangkan maklumat di FB page mereka dinyatakan event bermula pada pukul 7am), peserta berpeluang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di booth Pharmaniaga dan juga xtvt senamrobik bersama instructor dr KBS dan diserikan dgn penampilan istimewa Supertots..
Walaupun event kecil-kecilan.. dr segi kawalan trafik amat bagus.. siap ada abang2 polis menjaga route walaupun hanya sejauh 2km. Check-point pon ada... kalau slalunya kat check-point kita akan diberi riben kan.. tapi di check-point event nih diberi kertas kuning ala2 macam stick note yg kita selalu guna di office.
Pemenang event nih adalah Hamidon (Chap Ayam Runners).. kata Edwin yang bersembang dgn Hamidon sebelum larian bermula... Pagi tuh Hamidon berjogging n melintasi la perkarangan MOF ini, bila dah nampak ada event.. dia pon walk-in je n register. Sudahnya dia menang. Hadiah apa tatau la plak? tapi organizer sedia banyak juga la hadiah.. Cabutan bertuah pon ada n my sis dapat album gambar. Thanks 2 Edwin yg tolong amikkan since kitorang terus balik pas settle berlari.. =D  

No comments:

FEW LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...