Wednesday, January 9, 2013

SRAI Salak Tinggi dan Tadika Melodi Emas, Pekan Salak

Sudah masuk tahun 2013!

Iklil dah masuk darjah satu dan Nayli pulak dah mula bertadika. Kalau ikutkan plan asal.. nak hantar Iklil ke SRJK(C)Chio Chiao di Pekan Salak. Register dah selesai.. tapi pihak sekolah minta buat pendaftaran semula sebab Iklil tak pernah bertadika Cina.. maklumla sebelum ni duduk kuarters di Putrajaya.. memang tak nampak bayang tadika Cina pon.. n yang paling dekat Pra-Sekolah di SKP11(2).

Selain register SRJK(C) Chio Chiao, Iklil ambil exam utk masuk darjah 1 di Sekolah Rendah Agama Integrasi Salak Tinggi juga.. sekolah nih merupakan sekolah di bawah kendalian JAIS. Alhamdullillah.. Iklil lulus exam dan dapat masuk darjah 1 di SRAI. Harap-harap Iklil boleh berbahasa Arab dengan lancar selepas ni..

Hari orientasi Iklil di SRAI... hanya ada dua kelas darjah 1 iaitu 1 UKM dan 1 USM.. err 1 UIA takda pon??

Nayli pula mula bertadika tahun ini.. hari2 menangis dekat sekolah... takmo p tadika.. suruh ibu tunggu. Tadika Melodi Emas di Pekan Salak ini merupakan tadika Cina tapi majoriti pelajar adalah pelajar Melayu. Harap2 Nayli boleh berbahasa Mandarin dengan lancar.. =D

3 comments:

Unknown said...

Pendaftaran utk srai dibuka bln brp ye?nk daftar ank utk tahun 1 sesi 2014.

ibuiklil said...

macam sy tahun lepas reg anak dalam tengah tahun juga.. kalau nak reg srai salak tinggi, boleh try kol sekolah terus

Unknown said...

tadika cina tu dkt sebelah mana ya?

FEW LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...