Monday, October 7, 2013

Kem Tahunan Rej 502 AW Siri 2/2013

Kemudahan ada.. so sebagai penjawat awam sy pon apply utk menggunakan Cuti Tanpa Rekod bagi menghadiri Kem Tahunan selaku Askar Wataniah. Bermula dari 17 September sehingga 1 Oktober 2013 di Kem Sungai Buloh. As a mom, wt two kids... ayahnya plak berkursus di Johor till bulan 12, so terpaksa la mintak tlg my mom utk baby sit Iklil n Nayli sepanjang tempoh 2 minggu tu. Antara xtvt kem tahunan adalah merentas desa yang diadakan di FRIM, Kepong, Sukan antara Batalion dan kelas. Kelas yg paling menarik adalah kelas OBUA.. Operation in Built-up Area.. menerangkan bagaimana untuk berperang di kawasan terbina (bangunan2). Pertandingan menembak juga merupakan salah satu aktiviti kem tahunan dan diadakan di Lapang Sasar, Jugra, Banting. Betul kata salah seorang askar wataniah berbangsa Cina, katanya dgn menyertai Askar Wataniah, pelbagai aktiviti dapat dipelajari dan dilakukan dengan percuma. Malah, sukarelawan siap dibayar lagi untuk setiap kehadiran. Untung kan! Selain itu, ada Kembaraduga yg mana peserta kem tahunan dikehendaki merentasi Banjaran Titiwangsa. Menarik kan! xtvt ini dilakukan bersama2 dengan peserta Kadar. Dengan zero cost, sukarelawan dibekalkan dengan segala kelengkapan termasuklah ration. Kalau sendiri urus pergi naik Banjaran ni.. banyak juga duit kena keluar.. kan? hehe Aktiviti selepas Kembaraduga, adalah persediaan Malam Akrab. Menu paling best Kambing Golek! Juadah semua dimasak oleh Askar Wataniah dengan pertolongan Askar Regular. Hari terakhir Kem Tahunan, memandangkan Batalion 1 ada buat promosi di Jabatan Audit, jadi kesemua peserta kem tahunan dr BN 1 turut terlibat dgn promosi di Putrajaya.
Promosi ini sebagai salah satu langkah untuk menarik org awam menyertai Askar Wataniah yang merupakan tulang belakang kepada Askar Regular sekiranya berlaku sebarang peperangan. Utk keterangan lanjut mengenai Askar Wataniah, boleh klik link di bawah.. Askar Wataniah

2 comments:

Anonymous said...

: akhirnya update juga blog, terus cite pasal Askar Wataniah tu..hehehe..

ibuiklil said...

hehe... anonymous ni sapa? Edwin ke? biasa la bila pakai loreng.. dia jadi semangat lain macam je.. tu yg terus nak share pasal wataniah ni..

FEW LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...