Wednesday, June 4, 2014

ART FROM THE HEART



Seni dari hati anak-anak yatim


Program Art From The Heart merupakan program yang dikendalikan oleh MY ART STUDIO SALAK, SEPANG secara bulanan. Melalui program ini, kelas seni diadakan secara percuma di dua rumah anak yatim di sekitar Sepang iaitu Rumah Anak Yatim Baitul Barokah, Kampung Giching, Sepang dan Rumah Anak Yatim Baitussakinah, Kota Warisan, Sepang.

Disebabkan pelbagai komitmen lain dan kekangan masa, pada masa ini, kelas hanya diadakan sekali sebulan di setiap rumah anak yatim tersebut. Kelas pertama telah diadakan pada 1 Mei 2014 (Khamis) di Baitul Barokah dan pada 4 Mei 2014 (Ahad) di Baitussakinah. Terima kasih tidak terhingga kepada sukarelawan yang telah hadir menghulurkan bantuan bagi menjayakan Art From The Heart.


Ini merupakan antara hasil lukisan bertajuk My School oleh kanak-kanak di Rumah Baitul Barokah.





Ini pula barisan sukarelawan yang turut sama menjayakan Art From The Heart di Rumah Baitul Barokah.



Sekiranya berminat untuk turut sama dalam aktiviti ini sama ada sebagai sukarelawan atau ingin menyumbang peralatan seni untuk kegunaan anak2 ini, boleh rujuk poster di bawah.

No comments:

FEW LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...