Thursday, January 8, 2015

Pertandingan Mewarna Tahun Baru Cina 2015

Menarik! Pertandingan Mewarna anjuran My Art Studio yang terletak di Pekan Salak, Sepang, Selangor. Pertandingan terbuka kepada kanak-kanak berumur 7-12 tahun dan penyertaan adalah terhad kepada 30 orang sahaja. Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, boleh menghantar borang penyertaan ke MY Art Studio (letak dalam postbox pon boleh) atau emel kepada myartstudio.salak@gmail.com to secure your place in the competition.

Wednesday, June 4, 2014

ART FROM THE HEART



Seni dari hati anak-anak yatim


Program Art From The Heart merupakan program yang dikendalikan oleh MY ART STUDIO SALAK, SEPANG secara bulanan. Melalui program ini, kelas seni diadakan secara percuma di dua rumah anak yatim di sekitar Sepang iaitu Rumah Anak Yatim Baitul Barokah, Kampung Giching, Sepang dan Rumah Anak Yatim Baitussakinah, Kota Warisan, Sepang.

Disebabkan pelbagai komitmen lain dan kekangan masa, pada masa ini, kelas hanya diadakan sekali sebulan di setiap rumah anak yatim tersebut. Kelas pertama telah diadakan pada 1 Mei 2014 (Khamis) di Baitul Barokah dan pada 4 Mei 2014 (Ahad) di Baitussakinah. Terima kasih tidak terhingga kepada sukarelawan yang telah hadir menghulurkan bantuan bagi menjayakan Art From The Heart.


Ini merupakan antara hasil lukisan bertajuk My School oleh kanak-kanak di Rumah Baitul Barokah.





Ini pula barisan sukarelawan yang turut sama menjayakan Art From The Heart di Rumah Baitul Barokah.



Sekiranya berminat untuk turut sama dalam aktiviti ini sama ada sebagai sukarelawan atau ingin menyumbang peralatan seni untuk kegunaan anak2 ini, boleh rujuk poster di bawah.

Wednesday, April 16, 2014

Car Boot Sale di Sepang, Selangor

AKAN DATANG... Car boot sale akan diadakan di Desa Bestari, Salak Tinggi. Penyertaan adalah percuma tetapi mohon sedikit keuntungan disalurkan kepada Surau Desa Bestari. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh lawati page mereka di.. Car Boot Sale Sepang.

Tuesday, April 8, 2014

My Art Studio Salak, Sepang

Bagi penduduk sekitar kawasan Kota Warisan, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Enstek dan Nilai dan sedang mencari aktiviti-aktiviti untuk anak2 di hujung minggu, boleh lawati My Art Studio, Salak, Sepang. Beralamat di No. 1-12 Jalan PPS 1, Pusat Perniagaan Salak, 43900 Sepang, Selangor. Terdapat 2 jenis kelas/course yang ditawarkan iaitu Children Creativity Development Course untuk anak2 kecil berumur 4 hingga 9 tahun dan Children Graphic Course untuk kanak2 berumur 10 tahun dan ke atas. Menariknya kelas seni ini adalah method pembelajaran yang pelbagai iaitu melalui konsep penceritaan, video presentation, games dan fun activity. Selain itu, jika dahulu di sekolah apabila waktu seni, kita sering melukis di atas kertas lukisan/ drawing block, di My Art Studio, pelbagai jenis kertas seperti aluminium foil, sugar paper, kertas warna, calligraphy paper dll digunakan untuk develop tahap kreativiti kanak2 dan course yang disediakan juga mempunyai syllabus sendiri.. merangkumi topik science and technology, biology, cultural etc. Sangat WOW!
Ini merupakan lukisan Nayli. Konsep tiada salah dalam seni dan kanak2 dibiarkan menghasilkan idea dan kreativiti sendiri. Selain teknik mewarna biasa, teknik2 lain juga digunakan bagi mengelakkan kanak2 bosan. Ini antara teknik yang digunakan di My Art Studio Salak iaitu teknik pointilism.
Kalau ikutkan Wiki.. Pointillism /ˈpɔɪntɨlɪzəm/ is a technique of painting in which small, distinct dots of pure color are applied in patterns to form an image. Georges Seurat and Paul Signac developed the technique in 1886, branching from Impressionism. The term Pointillism was first coined by art critics in the late 1880s to ridicule the works of these artists, and is now used without its earlier mocking connotation.[1] Neo-impressionism and Divisionism are also terms used to describe this technique of painting called pointillism. Untuk keterangan lanjut mengenai jadual kelas dan yuran, boleh hubungi Teacher Maya di talian 013-273 6692.

Larian Tahun 2014

Kita hanya boleh merancang.. yang menentukan tetap yang Maha Kuasa.. Tahun ini baru register dua larian.. FIREFIGHTER RUN CYBERJAYA pada 24 Mei 2014 kerana saya AMAT RESPECT BOMBA dan KUCHING MARATHON pada 17 Ogos 2014.
Ini percubaan pertama utk larian sejauh 42k. Kata org... kena cuba at least sekali. Adoi. So ini kali.. saya cuba. Tiket flight ke Kuching dah siap beli. RM394 pergi balik utk 2 orang. So seorang dlm RM197 sahaja. Cuma hotel masih dalam peringkat survey.. heee.. any suggestion? Mula2 plan utk ke Kuching bersama Satminder sahaja.. kemudian... ahli bertambah. Lai Chu pon setuju utk join. Yeayy! So trip ini macam reunion x-office mate gak. =)

Tuesday, October 15, 2013

QUIT AT NEVER

Tiba2 weekend yg lepas terpanggil nak cari BIB PNM utk lari. Sedangkan tahun ini cuma join satu larian sahaja.. iaitu Larian Bomba. Itupun sebab adik yg registerkan. Tahun lepas.. rasanya ada la 2 je kot larian yg disertai. Tp ntah kenapa.. cuma ingat satu je.. Kidney Run. Haha Setelah puas fikir memikir... rasanya hidup mesti diteruskan. Tak perlu nak hold xtvt utk sesuatu yg kita pon tak tahu.. seperti pic di bawah..
PNM.. here I come!

Monday, October 14, 2013

OPENING SOON: MY ART STUDIO SALAK

Kanak-kanak di kawasan Pekan Salak, Salak Tengah, Salak Tinggi dan kawasan perumahan sekitar seperti Bandar Enstek, Kota Seriemas dan Nilai akan berpeluang untuk mengisi masa lapang dengan mempelajari ART di MY ART STUDIO, SALAK. Menawarkan 2 jenis kursus iaitu: Children Creativity Development Course dan Children Graphic Course Lokasi kedai adalah di Pusat Perniagaan Salak.
Nantikan update dr MY ART STUDIO SALAK berkenaan Open Day! Pelbagai aktiviti seperti stone painting, mosaic art, door handle akan diadakan secara percuma kenapa kanak-kanak yg hadir. Silalah LIKE page MY ART STUDIO di FB utk mengetahui info lebih lanjut mengenai OPEN DAY.

Monday, October 7, 2013

Kem Tahunan Rej 502 AW Siri 2/2013

Kemudahan ada.. so sebagai penjawat awam sy pon apply utk menggunakan Cuti Tanpa Rekod bagi menghadiri Kem Tahunan selaku Askar Wataniah. Bermula dari 17 September sehingga 1 Oktober 2013 di Kem Sungai Buloh. As a mom, wt two kids... ayahnya plak berkursus di Johor till bulan 12, so terpaksa la mintak tlg my mom utk baby sit Iklil n Nayli sepanjang tempoh 2 minggu tu. Antara xtvt kem tahunan adalah merentas desa yang diadakan di FRIM, Kepong, Sukan antara Batalion dan kelas. Kelas yg paling menarik adalah kelas OBUA.. Operation in Built-up Area.. menerangkan bagaimana untuk berperang di kawasan terbina (bangunan2). Pertandingan menembak juga merupakan salah satu aktiviti kem tahunan dan diadakan di Lapang Sasar, Jugra, Banting. Betul kata salah seorang askar wataniah berbangsa Cina, katanya dgn menyertai Askar Wataniah, pelbagai aktiviti dapat dipelajari dan dilakukan dengan percuma. Malah, sukarelawan siap dibayar lagi untuk setiap kehadiran. Untung kan! Selain itu, ada Kembaraduga yg mana peserta kem tahunan dikehendaki merentasi Banjaran Titiwangsa. Menarik kan! xtvt ini dilakukan bersama2 dengan peserta Kadar. Dengan zero cost, sukarelawan dibekalkan dengan segala kelengkapan termasuklah ration. Kalau sendiri urus pergi naik Banjaran ni.. banyak juga duit kena keluar.. kan? hehe Aktiviti selepas Kembaraduga, adalah persediaan Malam Akrab. Menu paling best Kambing Golek! Juadah semua dimasak oleh Askar Wataniah dengan pertolongan Askar Regular. Hari terakhir Kem Tahunan, memandangkan Batalion 1 ada buat promosi di Jabatan Audit, jadi kesemua peserta kem tahunan dr BN 1 turut terlibat dgn promosi di Putrajaya.
Promosi ini sebagai salah satu langkah untuk menarik org awam menyertai Askar Wataniah yang merupakan tulang belakang kepada Askar Regular sekiranya berlaku sebarang peperangan. Utk keterangan lanjut mengenai Askar Wataniah, boleh klik link di bawah.. Askar Wataniah

Wednesday, July 31, 2013

Art Class at Salak Tinggi

Baru2 ni saya berpindah ke Salak Tinggi. Memandangkan Iklil n Nayli berminat dengan Art Class, berhajat juga nak daftarkan mereka. Tetapi, could not find any Art Class here at Salak Tinggi. Kelas muzik pon hanya ada satu.. di Giant Nilai, tetapi memandangkan jadual kelas yg dianjurkan tidak bersesuaian utk working mom hantar anak2, so Iklil continued her music class at Taman Equine, Puchong. Agak jauh, tetapi kelas2 sebegini sebenarnya memberi kelebihan utk anak2. Dalam meng'goggling' art class di Salak Tinggi, terjumpalah tentang My Art Studio. Licensing program utk open yr own Art Studio. Dgn modal permulaan sebanyak RM43k, anda akan diberi training, cert n diploma. Menariknya syllabus juga disediakan. Saya tergerak utk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini.. so sy berjumpa Jeffers di HQ My Art Studio di Klang. Katanya, kebanyakkan yg join their licensing programme bermula dgn separuh masa dan kemudiaannya sepenuh masa. Jadual kerja yg flexi amat menarik minat sy.. maklumla ble uruskan anak2 sepenuh masa. Sebagai contoh, studio hanya dibuka 4 hari seminggu. Khamis dan Jumaat kelas selama 2 jam setiap hari. Dan hari Sabtu 3 kelas (each class 2 hrs) dan Ahad hanya separuh hari... Sekiranya setiap kelas mempunyai minimum 15 pelajar, sekiranya 4 hari ada mempunyai 6 kelas... anda sudah berjaya mendapat sebanyak RM9000 utk sebulan (yuran bulanan seorang pelajar adalah RM100. 1 pelajar = RM100 (yuran bulanan) 1 kelas = 15 Pelajar (min) 4 Hari = 6 kelas 15 pelajar x 6 kelas = RM9000 Menarik kan?? Insya-Allah.. semoga dipermudahkan urusan saya untuk menceburi bidang ini.

FEW LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...