Alkisah
Ada seorang pekebun di sebuah kampung. Kerjanya menanam pokok di kebun. Pokok disiram dan dibaja setiap hari. Semakin hari pokok semakin meninggi.
Suatu hari, lalu seorang peniaga. Dilihat di atas pokok, buah mangga masak ranum. Terus disapa pekebun tersebut. Niat dihati ingin diborong kesemua mangga. Namun pekebun menjawab selamba. "Mangga tersebut bukan saya yang punya. Saya cuma menanam pokok", kata pekebun tersebut dengan lagaknya.
Peniaga terpinga terus berkata. " Tuan adalah pemilik mangga kerana tuan yang tanam pokoknya. Tapi siapalah saya untuk berkata kerana tuan sepatutnya tahu segala."
2 comments:
errrrrrr......... sungguh kompleks.. message?
naper pekebun tu pulak belagak?
pekebun tuh mmg berlagakk. tak faham2 yg kalu dah tanam pokok mangga, mesti la mangga tu dia punya.. tapi tak ngaku plak! dalam erti kata lain.. nak suruh org lain yg mengaku?? mmg kompleks haha
Post a Comment