RUMAH SERI KENANGAN, CHERAS
11 April 2011 (Isnin)
Minggu ni aku bertugas selama seminggu sebagai sukarelawati di Rumah Seri Kenangan (RSK), Cheras. Kata Timbalan Penguasanya, "Bahagia dia (warga emas di RSK), itulah kerja kita (sukarelawan/ sukarelawati)..."
12 April 2011 (Selasa)
Selepas senaman pagi, aktiviti 'Inilah Cerita Saya' pun bermula.
Kata Nenek Hasnah.. "... panggil saya Nenek. Saya berasal dari Kuala Lumpur. Hobi saya adalah bermain golf dan berenang"
Kata Auntie Durgabay.. "...saya dahulu sekolah di Methodist Girl School. Dulu saya bekerja sebagai nurse. Saya suka bersenam."
Aktiviti saya hari ini selain 'Win, Lose or Draw, adalah bermain karom bersama Uncle Karupaiah, Pak Mohtar dan Uncle Kaliapen. Kata Uncle Kaliapen...dia ditangkap di Pulau Pinang, kemudiannya dihantar ke RSK Bidong dan kemudiannya ditukarkan ke RSK Cheras. Dia mahu pulang tetapi sudah dua kali dia menghantar surat tetapi tiada balasan..
Selepas bermain karom, saya bersembang dengan Pak Syed. Pak Syed berasal dari Kedah dan merupakan bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid. Bila bersembang, Pak Syed lebih suka bercakap bahasa Inggeris.
Katanya.. "kami warga tua di sini perlukan ketenangan.. bukannya suasana bising. Apabila sudah berusia sebegini, kita perlu berubah."
13 April 2011 (Rabu)
Bukan di Kem Sungai Miang sahaja ada 'roll call' tapi di RSK nih pon ada. 'Roll call' sebab nak panggil warga emas melibatkan diri dalam senaman pagi, walaupun tak semua 68 penghuni yang turun bersenam, tapi kehadiran dalam 20 penghuni dah cukup mengembirakan kami 6 orang sukarelawan/wati yang bertugas minggu ni.
Selepas bersenam dan berjoget lambak, kami wujudkan segmen 'Inilah Cerita Saya'. Di sini kami minta warga emas bercerita apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka.... makanan kesukaan, kampung halaman, sahabat baik dan lain-lain.
Kata auntie Roussianna, "kami pun hidup tak lama..kalau boleh beri lah kebenaran untuk keluar ke pasar malam..membeli apa yang patut..barang keperluan.."
Kata Pakcik Mustafar, seorang askar pencen.. "saya tidak suka dua perkara...pertama..muka masam dan kedua cakap belakang..."
Kata seorang lagi penghuni apabila ditanya siapa sahabat baik di RSK... "siapa yang baik dengan saya..saya akan baik dengan dia..."
Hari ini pada pukul 10 pagi kami sukarelawan/wati menayangkan filem Pendekar Bujang Lapok. Komitmen Mak Nab amat terkesan di hati saya..ketika kami mengumumkan akan menayangkan filem Pendekar Bujang Lapok sewaktu senaman pagi.. kata Mak Nab.. "Mak Nab tak nampak.." Penglihatan Mak Nab kabur dan ada penyakit katarak mata. Tetapi sewaktu kami mula menayangkan filem tersebut, Mak Nab datang. Saya mengajak Mak Nab duduk di kerusi barisan hadapan. Kata Mak Nab lagi.. "takpa..Mak Nab tak nampak. Duduk depan pon tak nampak. Saja ja datang." Kagum tak walaupun Mak Nab tak nampak, dia tetap memberikan komitmen terhadap tayangan filem tersebut. Kalau kita?? Boleh??
Petang pula, kami mengadakan aktiviti melukis. Inilah hasilnya..
Ada yang melukis gambar rumah kampung..mungkin teringatkan kampung halaman. Ada yang melukis gambar lelaki dan perempuan...mungkin teringat akan pasangannya.. ada yang melukis gambar wayang kulit..
Kata Pak Firdaus.. "saya lukis wayang kulit..sepatutnya di bawah ini ada naga..tetapi saya tidak nampak. Spek mata saya ada orang ambil.."
15 April 2011
Hari ini merupakan hari terakhir. Masa yang diluangkan bersama warga emas amat terhad memandangkan kami amat sibuk membuat persiapan untuk majlis penutup. Lukisan-lukisan telah kami compile untuk diserah kepada RSK. Setiap lukisan kami labelkan dengan nama pelukis iaitu warga RSK sendiri. Selain itu, kami turut menjamu warga emas di sini makan KFC!! Gembira warga emas di sini memandangkan mereka jarang2 dapat menikmati hidangan selain dari hidangan di dewan makan.
2 comments:
Nice one. Sedih pulakkan.
kan..sedih tau..kita datang nak gembirakan mereka...tapi bila abis seminggu kita p...kita telah menyedihkan mereka..aku nak cadangan penambahbaikan csr selama sebulan..
Post a Comment