Pada 20 Mac 2011, saya dan 147 peserta kursus Diploma telah menyertai Kidney Run 2011. Ini merupakan aktiviti larian saya yang pertama sejak saya mula mendaftarkan diri untuk berkursus pada 29 November 2010. Memandangkan kursus ini menyediakan penginapan penuh dan kelas/aktiviti pula bermula dari pagi sehingga malam...Isnin sehingga Sabtu.. agak susah untuk commit terhadap larian.
Tapi, 3 Mac yang lalu, saya berjaya menyerahkan kertas cadangan agar semua peserta Kursus menyertai Kidney Run sebagai salah satu tanggungjawab sosial dan menyokong Kempen 'Protect Your Kidney. Bukan setakat peserta, Ketua Program, Penyelaras Kanan dan Penyelaras2 Program pun turut join.
Terubat gak rindu berlari kat Dataran..hehe
Kebiasaan kalau saya abis lari, mesti terus menuju ke parking kereta, pecut balik Putrajaya. Tapi kali ni, memandangkan datang dengan 'delegasi', kitorang tunggu hingga akhirnya. Join menari tarian cuti-cuti Malaysia, tunggu cabutan bertuah and tak ketinggalan promote kitorang punya banner..hehe
1 comment:
Congrats Fatahah...berjaya membawa satu "kampung" join aktiviti larian..teruskan usaha anda!
Post a Comment