Tuesday, September 21, 2010

Hari Kedua di Phnom Penh

16 September 2010

Pagi nih bersarapan di HV. Dah kenyang makan, kitorang terus menaiki tuk-tuk Mustafa. Royal Museum here we come!! Sampai di RM, ada seorang kanak2 perempuan menghampiri tuk-tuk kami untuk menjual air. Next time..kata kami. Katanya.."ok..next time remember me for my hat..(sambil menunjuk topi yang dipakainya). "Find me later if u want to drink water..." katanya lagi.  Agak kagum kerana walaupun masih kecil..demi menjual air kepada pelancong dia belajar berbahasa English..

Kanak-kanak bertopi putih menjual air kepada pelancong2


4 dewasa jumlah yg perlu dibayar utk masuk ke Royal Palace adalah 25USD. Terdapat juga khidmat pemandu pelancong untuk menerangkan tentang history Royal Palace. Tapi memandangkan tiket masuk pon dah mahal..kami berjalan-jalan sendiri je..takper boleh baca segala info yang terpampang.

My youngest bro

My little NayLi



My bro..maklum la anak remaja..sakan bergambar.. dan saya jadi tukang ambil gambar. Husband saya pulak..lebih suka berjalan dan melihat2. Katanya.. tidak berminat untuk bergambar lebih2 dengan segala macam patung. 

Ayah wt Nayli
Hujan. Kami ke National Museum pulak. Tiba di sana..terdapat dua orang kanak2 peminta sedekah. Baby boy dalam usia setahun lebih dibiarkan ibunya berbogel dalam hujan dan berguling2 di jalan raya. Mungkin itu cara mereka untuk menagih simpati. Tapi.. memang simpati. Kami hanya sampai di kaunter tiket sahaja..kemudian we all decided tak payah masuk la muzium nih.. My bro siap ckp.. "Muzium kat tpt kita pon kita tak p..). Bila kami menaiki tuk-tuk..kanak2 tadi datang ke arah kami. Org kata..kalau kita mula bagi seorang, yang lain pon akan datang.. Betul! Bila mereka tgk husband sy hulurkan duit..yg lain pun mula datang.. tapi yg kasihannya..dalam keadaan hujan, anak dibiarkan berbogel..dalam berguling di jalan raya yang becak.
National Museum

Dari National Museum, kemudian kami ke Russian Market yang terletak di Selatan Mao Tse Tuong Boulevard.  Iklil dan Nayli masing2 dan tertido dalam tuk-tuk. Jadi si ayah kena la dukung Iklil dan ibu pulak dukung Nayli. Keadaan hujan..lorong2 di dalam Russian Market agak becak sab bumbung pun byk yg bocor. Tapi di sini.. MACAM2 ADA. Sparepart motor, barang dapur, hardware, kain baju, beg, tikar, jam, lukisan, barang perhiasan, kedai makan..semua ada.

Saya menghabiskan sebanyak 25USD untuk membeli mangkuk2 kayu yang berwarna-warni. Hanya ada 1 kedai di RM yang menjual mangkuk2 kayu ni..sudahnya..kalau ditawar pon towkey dia berkeras gak.

Masing2 dah penat. Kami terus ke HV. Makan2. Kemudian sy, hubby dan my bro decided nak berjalan2 kaki sekitar bandar Phnom Penh. My mom dah keletihan. Katanya Iklil dan Nayli pon keletihan. Jadi..kami hanya keluar bertiga. Berjalan kaki ke Riverfront. Agak jauh. singgah sekejap di Halal Restaurant untuk menghilangkan dahaga.


Halal Restaurant terletak di Khan Daun Penh. Harga pun berpatutan


  
Halal Sher E-Punjab Restaurant yang terletak opposite Halal Restaurant


Bougainvillier Boutique Hotel is within walking distance from The Royal Palace, National Museum, What Phnom & Night Market

Sambil berjalan2 di area Riverfront (river yang dimaksudkan adalah Sungai Mekong), kami sempat survey Bougainvillier Hotel. Mana la tau nak datang lagi. Tapi mmg nak datang pon..hehe.

Suasana di hadapan Sungai Mekong

Kalau bawa kasut lari, mesti ble join nih..

Sempat gak snap pic runner nih. Sebelum datang Phnom Penh, ada gak survey kalau2 ada larian yang boleh join. Tapi Phnom Penh Thmey Half-Marathon 27 June 2010. Dah terlepas pun. Datang hotel sini dapat pamplet Phnom Penh Thmey Half-Marathon ni..diselitkan dalam majalah2 tourism Cambodia. Jangan tak tahu.. Among the main-sponsors adalah Tourism Malaysia dan Malaysia Truly Asia. Hairan..kenapa Tourism Malaysia sponsor larian di Cambodia.

Tapi sedikit info ttg Phnom Penh Thmey Half-Marathon.. the benefits will be sponsored to Cambodian Mine Action Center (CMAC) for supporting survivor of landmines. Memang tragik tgk mangsa2 landmines nih..

Kena train hard n train smart nih..kalau dah boleh lari 21k ble la masuk larian nih next year..hehe

Masa untuk balik. Iklil & Nayli dah menunggu di HV..


1 comment:

Lorna said...

hi sis...
just wonder...ape yg membuatkan akak kata 'mmg nk dtg lg pon'?
ape yg akak rasa best sgt masa g sana? boleh citer?
berapa ye currency rate duit kita ng sana?
thnks sis in advance :)

FEW LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...