Tuesday, September 21, 2010

Hari Pertama di Phnom Penh

Rabu - 15 September 2010


Bertolak dari LCCT dengan menaiki Air Asia penerbangan 6.55am. Tiba di Pochentong International Airport lebih kurang 8.30 pagi waktu tempatan. Teksi dari airport ke pusat bandar USD9 (lebih kurang RM27). Perjalanan ke Holiday Villa yang terletak di Monivong Boulevard daripada airport lebih kurang 15 minit.

Inilah Phnom Penh, Cambodia
Keluarga ini menggunakan khidmat pemandu moto untuk ke sana sini

Wanita di sini lebih selesa berpakaian cotton

Jalan sesak..rakyat di sini lebih ramai yang menaiki motosikal berbanding kereta. Tapi hanya pemandu moto saja yg pakai helmet. 2 atau 3 penumpang yang menunggang motor majoriti tak pakai pun helmet. Dalam perjalanan, sempat pemandu teksi promote agar kami menggunakan khidmat dia untuk berjalan2 di PP. Tapi bila hampir sampai di HV, pemandu teksi tiba2 masuk jalan sehala. Konon2 untuk mengelak jalan yg sesak tapi ini dah kira melawan arus ni. Sampai di sebelah Holiday Villa, Mr. Policeman dah siap menunggu. Tak tahu la sama ada lakonan atau tidak..pemandu teksi turun jumpa polis..polis marah2 sebab pemandu teksi ikut laluan yang salah..kemudian pemandu teksi kata polis mintak USD2 sebagai balasan.. My husband bagi la note USD10 sekeping dengan harapan suruh pemandu teksi tuh bg 1USD pada polis dan baki 9USD utk tambang..tapi alasan pemandu tuh.. "no change". So terpaksa la tambah 1USD utk polis tu. Untung la pemandu teksi dpt 10USD. Tapi malang la pemandu teksi tuh..kami trus blacklist utk guna khidmat dia berjalan2 di PP.

Apa nak buat..baru jejak kaki di bumi Phnom Penh dah kena pow..haha. My bro kata..mungkin pemandu dan polis dah pakat..sebab setiap hari mmg ada polis tunggu situ. Biasa la cari makan..

Holiday Villa Phnom Penh.
Bilik selesa..Nayli kepenatan terus tidur

Masa utk check-in hotel..macam biasa la pukul 2 ptg..tapi HV best..kitorang sampai pukul 10.00 pagi terus dah boleh check-in..mungkin sebab tak ramai customer kot.. Bilik hotel pon..selesa..makan minum dijamin halal oleh HV..maklum la hotel buatan Malaysia. Rate bilik 50USD (harga promosi). Setelah rehat2 melepaskan penat.. tiba masa utk makan. Makan2 di hotel jer..harga makan di hotel pon ok la.. fish n chips 6USD (RM18), nasi lemak 5USD RM15)

Important Notice from Ministry of Tourism, Cambodia

Pukul 2 petang terus berjalan ke Psar Thmey.. Baru jer keluar dari hotel.. beberapa pemandu tuk-tuk approach utk menaik tuk-tuk diorg..nasib baik dah wat survey.. dr HV ke Psar Thmey boleh jalan kaki jer.. Guard HV pon tak ketinggalan approach kitorang..hehe sebab kitorang tanya kat kaunter kat mana ada money changers...trus guard bawak p seberang jalan..katanya situ murah tukar duit Riel.."Dont change other place..change here only." Memang la sab kawan dia kot..Siap guard tu kasi nasihat lagi...Jangan sandang camera bahaya..terus sy simpan my precious Canon dlm beg...sambil berjalan jangan cakap handphone..nanti org amik.


Psar Thmey..walking range dr Holiday Villa

Berjalan ke Psar Thmey rupanya banyak jer money changers sepanjang jalan tuh..dan lagi menguntungkan. Ramai gak pemandu tuk-tuk approach suh naik tuk-tuk diorg..hehe. My mom beli cincin batu permata dgn harga 25USD (lebih kurang RM75)..katanya kawan dia beli di Mekah RM300. Macam pasar2 yang menjadi tarikan pelancong di Malaysia.. Psah Thmei nih byk jual baju2, kraftangan, batu2 permata, kain sutera, kasut, beg dll.. ala2 Pasar Payang, Pasar Philipin gak la kalu di Malaysia tu. Bundle pon ada..tapi bundle di sini baju cantik2 dan bersih..macam tak ada org pakai pun lagi..

Iklil survey harga nak beli cincin

Pukul 4 waktu tempatan..kami turun ke lobi. Niat hati nak pergi ke Russian Market. Tapi receptionist HV, Sabariah maklumkan yg Russian Market dah nak tutup. Next plan nak ke nite market, tapi Sabariah kata nite market hanya ada pada hari Khamis, Jumaat n Sabtu.

Sabariah, staff Holiday Villa yang banyak membantu

Sabariah fasih berbahasa Melayu..maklum la bangsa Melayu Champa dan dulu dia pernah belajar di Kelantan. Katanya kalau nak berjalan2 di sekitar Phnom Penh suaminya bawa tuk-tuk..dan dia tawarkan USD20 utk 1 day trip ke National Museum, Royal Palace, Russian Market, Killing Field dan beberapa tempat tarikan pelancong. Kalau mengikut majalah Bayon Pearnik (Cambodia's ORIGINAL Free Tourism and Information Magazine).. $2-4 a trip daytime & $3-5 nightime, $25-30 per day.. dan kalau menaiki motor taxis lebih kurang 1000-4000 Riel bergantung kepada jarak perjalanan. Tetapi kalau mengikut pemandu tuk-tuk yang mmg standby di tepi hotel setiap hari mencari pelanggan.. 1 day trip menaiki taxi adalah 60USD.

So kitorang decided pergi shopping di Golden Sorya Mall naik tuk-tuk Mustafa (suami Sabariah). Sampai di Golden Sorya, my husband tanya Mustafa..berapa tambang..tapi Mustafa seorang yg baik n lurus.."berapa-berapa pun boleh," katanya. So my husband byr tambang sebanyak 2USD. Kalau ikut Bayon Pearnik 2USD nih adalah cost utk naik taxi.

En. Mustafa boleh dihubungi di no. hp 012805657

Shopping mall nih agak besar..lima tingkat kalau tak silap..tapi tak best untuk bershopping. Kami berjanji dgn Mustafa untuk datang ambil 2 jam kemudian..tapi belum sampai 1 jam...Sorya Mall dah habis ditawaf. So terpaksa la melepak di depan mall menunggu Mustafa dan tuk-tuknya. Rupa-rupanya..Mustafa ada jer tunggu di hujung jalan. Tapi disebabkan kitorang tak nampak sejam juga la menunggu...what to do.
Next venue..dinner at Restaurant Malaysia. Hanya ada dua org customer di sini...kami sefamily dan 1 guy. Mungkin sebab pukul 8pm sudah agak lewat kalau di Phnom Penh. Makanan di sini agak murah..berbanding hotel la..range makanan dr 2-4USD. Tapi boleh jer kalau nak bayar dlm Riels..lagi menguntungkan. Dr Sorya ke Restoran Malaysia ke HV kami bayar kepada Mustafa 5USD. Mahal ker? Takper la kata my mom..niat sedekah untuk tolong org Melayu.

Restoran Malaysia

Sampai di HV, saya berjumpa Sabariah.. hanya utk inform yg esok pun kami akan menggunakan khidmat suaminya. Katanya, " Terima kasihlah sebab bantu kami..." Terharu pulak saya mengenangkan nasib Melayu Champa yg minoriti di sini..

Perut sudah kenyang.. Badan sudah penat..Tiba masa untuk tidur. Selamat Malam Phnom Penh!!

9 comments:

RaYzeef said...

Salam Fatahah, bagus entri ni, keep it up. never been to Combodia, boleh buat rujukan untuk travel. Thanks:)

ibuiklil said...

hehe..p dekat2 jer mampu.. Nanti kita masuk lari kat Cambodia nak? hehe

peminat falak said...

Assalamualaikum....

saya baru aje balik dari cambodia petang tadi, kerana menemani suami yang menghadiri seminar di sana. alhamdulillah saya sempat baca blog puan sebelum ke sana minggu lepas. saya jumpa blog ni pun semasa nak cari info tentang makanan halal di cambodia. apa yang puan catatkan sangat berguna kepada saya kerana saya tidak pernah ke cambodia sebelum ini. dengan bertanyakan beberapa agen pelancongan yang selalu datang ke cambodia, hanya restoran Malaysia dan Holliday Villa sahaja yang dicadangkan dan mereka yakini halal.
Saya sempat catatkan dan bawa no telefon mustafa. maklumat yang puan berikan sangat membantu kerana semasa saya dan suami meminta seorag pemandu tuk-tuk menghantar kami ke restoran Malaysia, kami dihantar ke Restoran Malis yang mempunyai sebuah patung Budha yang sangat besar di depannya. kami akhirnya meminta beliau hantar ke HV kerana setelah puas berpusing dibandar beliau gagal jumpa restoran Malaysia. Esoknya saya terus hubungi Mustafa dan beliau telah membawa kami kemana sahaja yang kami hajati. kami juga di bawa dinner di Restoran Singapura yang menurutnya juga halal. sangat mudah dan keperibadiannya begitu menyenangkan. beliau masih ingat dengan puan.... terima kasih atas perkongsian pengalaman sebegini...teruskan usaha puan. wassalam.

Lorna said...

Slm sis :)
thanks sharing info disini...
akhir bln dpn insyaAllah nk g sana...dah save no mustaffa :)
hope pglmn sy d sana baik2 sahaja spt sis..

ibuiklil said...

Peminat Falak & Lorna... baru perasan yr comment.. maklum la blog nih a bit berhabuk..jarang2 dah bukak..

Glad Peminat Falak hav a great time there. Senang berurusan dgn Mustafa lagipun dia Melayu Champa dan boleh berbahasa Melayu..

Lorna.. how about yr trip? hope BEST!!

Juliana said...

salam... saya tengah survey nak ke phenom penh, nak g pun berdua jer ngan member pompuan.. hubby saya risau2 gak tapi bila saya pujuk2, dia bagi. saya nak minta pendapat -puan, elok guna agent travel o bleh gamble macam tu saja - maklumlah, ni pertama kali nak g kemboja and kami dua-dua pompuan plak tu.

Juliana said...

salam... saya tengah survey nak ke phenom penh, nak g pun berdua jer ngan member pompuan.. hubby saya risau2 gak tapi bila saya pujuk2, dia bagi. saya nak minta pendapat -puan, elok guna agent travel o bleh gamble macam tu saja - maklumlah, ni pertama kali nak g kemboja and kami dua-dua pompuan plak tu.

ibuiklil said...

Salam Juliana...

Sy aritu p dgn famili.. kalau pergi dgn kawan berdua je.. sy cadang baik duduk Holiday Villa..rate USD50 utk semlm. Tp kalau nak hotel bajet pon banyak kat sana.. Kalau nak jalan2 ble kol En. Mustafa di no. hp 012805657. Waktu sy di sana, saya guna dia je utk ke sana-sini.. Wife Mustafa nih kijer kat Holiday Villa.. nama Sabariah..

ibuiklil said...

Saya aritu tak guna travel agent pon.. buat tentatif sendiri.. n nanti En. Mustafa tuh bawakan.. dgn dia mudah berurusan.. n mana kita nak pergi dia hantar dan ambil..

FEW LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...