The Armed Forces is like the air... u can't feel it... n u can't even see it... u even don't pay for it... but when the air is gone... U WILL DIE!!
Seminggu berada di Kem Rejimen 505, Sungai Miang, Pekan.. dilatih oleh askar-askar membuatkan diri rasa sedih. Mereka berkorban segala-galanya. Perjalanan hidup mereka membuatkan kita sepatutnya malu dengan diri sendiri.
Selalunya jika Jabatan baru atau Kementerian berpindah ke bangunan baru.. Syarikat Pembersihan akan dilantik untuk membersihkan bangunan... pengubahsuaian akan dilakukan bagi mencantikkan bangunan...tapi di Kem Sungai Miang...juga bangunan baru..dan kami peserta Kursus DPA merupakan pengguna pertama di Kem ini yang masih tidak dirasmikan lagi.
Memandangkan ia bangunan baru, pelbagai kemudahan masih belum ada.
Makanan kami pagi petang siang malam di masak oleh askar2 negara.. tiada katering yer sepertimana di jabatan2 kerajaan yang lain...
Askar2 ini bukan sahaja dilatih untuk berlawan di medan perang, tapi segala-galanya.
Padang rumput tempat kami bersenaman pagi dan bersukan di waktu petang...pagi dan petang dimesin oleh askar2 secara bergilir... bila tengok semangat mereka...Kagum dan sedih...
Ketika latihan di pondok skuad... kata jurulatih kami yang berpangkat Lans Koperal... "Saya ni belajar sampai darjah 3 sahaja...jika ada sebutan bahasan Inggeris saya yang tidak betul...mohon kamu semua betulkan.." Sedihnya kami semua mendengarnya..
Walaupun kami amat amat kagum dengan semangat, keberanian dan segala2nya tentang mereka.. tetapi mereka amat baik dan amat merendah diri.
Inilah askar kebanggaan negara!!
Kata seorang penceramah dari ATM... "suatu masa nanti...jika terjadinya perang atau bencana... ketika itu mahkamah tidak lagi berfungsi.. sistem perbankan pun lumpuh... ketika itu askar negara akan mengambil alih mempertahankan negara..walaupun ketika itu tiada gaji pun yang dibayar kepada mereka..."
"Apabila kamu memakai baju loreng, maka kamu berjalan di atas titisan darah manusia..." Sarjan Hazezul, Rej. 502.
"Lagipun, apabila masuk ke padang sasar...kami askar akan menjadi tidak waras...kerana latihan menembak di padang sasar menggunakan peluru hidup.. kami kerana tidak mahu perkara tidak diingini berlaku.. kerana di lapang sasar jika anda tersilap langkah akan membawa masalah besar kerana senapang di situ semua menggunakan peluru hidup"
Mereka2 ini komando...tetapi layanan mereka terhadap kami amat baik..tersangat baik. Walaupun training yang diterima oleh mereka ketika rekrut dan komando amat tough, tetapi latihan yang diberikan kepada kami mengikut kesesuaian memandangkan kami bukanlah askar..sekadar orang awam yang baru mengetahui betapa sukarnya hidup askar..menerangi hidup orang lain dengan mengorbankan hidup mereka...
5 comments:
ler mmg lah dia org masak sendiri sbb dalam tentera banyak kor la. mmg dia ada kor makanan (katering), polis (polis tentera)... almaklumlah aku nie anak tentera.... heheheh
hihi tapi kali nih bukan kor makanan yg masak tau..jurulatih2 yg masak..termasuk lah kor kesihatan..huhu diorg rotate laie jadual utk masak..sumer akan jadik tukang masak..
haruslah baik.. since that 'incident' semua treatment to PTD Cadet baik2 belak..
ko nampak bergaya dengan baju celoreng2 itu.. i likeeeee:-)
macam aktiviti akak da buat ek...bagus La...
Post a Comment