Tuesday, April 13, 2010

Kisah Saudagar dan Dua Nakhoda

Alkisah..

Sebuah kapal di dermaga. Dimilik oleh saudagar kaya. Saudagar sering berlayar setiap masa. Tinggal keluarga tinggal semua. Arah anak2 kapal utk kerah tenaga. Namun, kapal dikemudi dua nakhoda.

Nakhoda tua gila kuasa. Perasan matang tahu segala. Mahu berniaga di tempat kaya. Tempat miskin jeling2 sahaja. Nakhoda muda banyak pengalaman. Tidak kuasa membuang masa, bertikam lidah dengan si tua.

Mangsa merana anak-anak kapal. Buntu akal kemudi kapal. Ayuh ke selatan kata si tua. Berlayar ke barat kata si muda. Saudagar kaya buta mata. Segala dikata nakhoda tua diturut sahaja. Janji dapat berlayar setiap masa. Membuang masa membazir harta. Bersantap mewah daging rusa. Tidak difikir keperluan yang tidak berada. Kononnya berlayar untuk kepentingan niaga.

Tetapi hakikatnya niaga yang dilaksana, mengambil harta milik semua. Membazir masa tak kena gaya. Hingga terjejas semua yang merana!!

Saudagar kaya menghitung purnama. Janji dirinya akan berhenti kelana. Melompat gembira semua yang merana. Tidak perlu menggadai nyawa, mencari daging rusa untuk santapan saudagar kaya.

Namun, nakhoda tua masih gila kuasa. Tidak mengerti bahawa kapal boleh dikemudi bersama. Cuma perlu disemadi erti kerjasama. Risau sungguh kapal tenggelam. Kononnya hanya dia yang tahu semua.

5 comments:

kinnik said...

not sure if i understand this? political view maybe?

ibuiklil said...

haha..hard to understand haa? buhkan political view langsung.. but just a quotation of situation that happened around me..

kinnik said...

huhuh bila baca baca balik.... mcm applicable kat tpt keje kita2 jugak kan?

ibuiklil said...

hahah... pandainyer.. anak sapa nih?? hehe

kinnik said...

anak pak wan.. :D

FEW LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...